SPA
Tech: PHP, MYSQL, Tailwind
Projek SPA Management System ini dibangunkan sebagai mockup konsep sistem pengurusan pelanggan dan tempahan spa, bertujuan untuk menyokong fasa Business Requirement Analysis bagi projek sistem operasi perniagaan berasaskan perkhidmatan. Sistem ini menunjukkan bagaimana Admin dan petugas spa boleh mengurus pelanggan, pakej, status tempahan, serta menjejak tempoh keahlian pelanggan yang hampir tamat. Antara fungsi utama yang digambarkan dalam mockup ini ialah: Paparan papan pemuka (Dashboard) dengan statistik jualan, pelanggan aktif, dan status keahlian. Modul pengurusan tempahan, termasuk pembaharuan dan rekod pembayaran. Paparan laporan untuk pemantauan prestasi dan aktiviti pelanggan. Reka bentuk moden menggunakan Tailwind CSS serta backend PHP dan MySQL untuk pengurusan data yang cekap. Mockup ini menumpukan kepada kemudahan penggunaan, pengurusan berpusat, dan visualisasi data jualan bagi membantu pentadbir membuat keputusan operasi harian dengan lebih pantas dan tepat.