Donation for School
Tech: PHP, MYSQL, Tailwind • Updated: 4 Nov 2025, 3:15 pm
Projek Donation for School ini dibangunkan sebagai mockup konsep sistem derma berasaskan web (web-based donation platform) semasa fasa Business Requirement Analysis untuk menilai keperluan dan potensi sistem crowdfunding pendidikan.
Sistem ini direka bagi membolehkan masyarakat menyumbang dana kepada projek pembinaan atau penambahbaikan sekolah, dengan paparan kisah sebenar komuniti yang memerlukan bantuan.
Antara ciri utama sistem ini termasuk:
Paparan kempen derma dengan kisah dan status kemajuan projek
Butang sumbangan segera dan integrasi modul pentadbir untuk pengurusan kempen
Reka bentuk mesra pengguna dan responsif menggunakan Tailwind CSS
Backend dibangunkan dengan PHP dan MySQL bagi penyimpanan data yang selamat dan boleh diskala
Mockup ini memfokuskan kepada penyampaian mesej kemanusiaan melalui pengalaman pengguna yang mudah, menarik dan boleh dikembangkan menjadi sistem sebenar di masa depan.